Penubuhan kedai komunikasi rakyat yang dikenali sebagai “Kedai.Kom Kampung Haji Taib” merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Program Pembangunan Komunikasi Rakyat (PPKR) untuk menyediakan kemudahan komunikasi serta meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa di dalam bidang IT. Kedai.Kom Kampung Haji Taib terletak berhampiran dengan pekan Kuala Kurau daerah Kerian, Negeri Perak. Adalah diharapkan agar usaha ini akan dapat menjana perkembangan ilmu serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat setempat melalui pemanfaatan sepenuhnya kemudahan internet yang disediakan.Program Pembangunan Komunikasi Rakyat (PPKR) adalah sebuah program yang dianjurkan oleh SKMM untuk meningkatkan kawasan liputan dan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi.

 


Blogger Template By KEDAI.KOM HAJI TAIB