Program Karnival Usahawan & ICT di kawasan Kuala Kurau, Kerian adalah sebuah karnival yang pertama kali dilakukan bertemakan Usahawan &ICT. Program karnival ini juga menyambut seruan kerajaan untuk membangunkan industri ICT di Negara ini. Begitu juga dengan “Semangat 1 Malaysia” dapat di pupuk melalui program ini dengan bercampur gaulnya kaum india, melayu dan cina di sekitar kawasan Kuala Kurau ini. Telecenter yang diwujudkan oleh kerajaan seperti Kedai Kom Kampung Haji Taib, Pusat Internet Desa ( PID), Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti Kampung Tersusun Raja Bashah ( PPIK ) , Perpustakaan Internet Desa Kampung Tersusun Raja Bashah terletak di kawasan Kuala Kurau dapat diperkenalkan dengan lebih lanjut tentang fungsi telecenter tersebut.Dengan hasil usahasama beberapa pihak, kami menggulung jutaan terima kasih kerana banyak membantu kami seperti MSC Malaysia sebagai penaung dengan memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Warisan Global yang begitu banyak membantu kami. Kami juga memberi penghargaan kepada urusetia dan organisasi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Karnival & ICT ini. Diharap juga program ini akan diadakan setiap tahun sebagai susulan kepada Program Karnival Usahawan & ICT di kawasan Kuala Kurau.
 


Blogger Template By KEDAI.KOM HAJI TAIB