Karnival Usahawan & ICT yang adalah diatas usahasama Kedai.Kom Kampung Hj. Taib, Kulau Kurau dan Syarikat Teraju Techno dengan kerjasama, KPerak INC Corporation, JKKK Kg. Haji Taib dan Komuniti Bestari Pekan Kuala Kurau.

Karnival ini dijalankan di Sek. Kebangsaan Kuala Kurau, Perak pada 17,18,19 dan 20 Disember 2009.Aktiviti yang telah di jalankan adalah seperti Pameran oleh agensi kerajaan, Syarikat telekomunikasi, Usahawan ICT dan sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS). Antara agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Kesihatan, Jabtan Perhilitan, RELA,Pusat Internet Desa Kuala Kurau, Puteri Umno, Belia 4B Kuala Kurau,Pameran Labu Sayong, Celcom, dan Streamyx.

Selain itu karnival ini juga diselitkan dengan Kursus Asas Komputer atau lebih dikenali sebagai KPerak Komuniti Bridz dibawah anjuran KPerak INC Corporation. Kursus ini khusus untuk golongan belia dan golongan dewasa dan diberikan percuma kepada masyarakat sekeliling.

Acara tambahan seperti pertandingan Siber games, pertandingan mewarna,cabutan bertuah,Sukaneka dan Senaman pagi juga turut diadakan bagi menarik para pengujung. Selain itu Ceramah ICT oleh tetamu jemputan Cik Ida Rahayu dari Pengarah Urusan Eurofine Sdn.Bhd. juga memberikan sedikit sebanyak info kepada para pengunjung.

Karnival berakhir pada lewat petang dengan acara penutup serta penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta oleh Puan Norsinah Khan selaku Persiden Persatuan Kedaikom Negeri Perak.

 


Blogger Template By KEDAI.KOM HAJI TAIB