
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) merupakan satu teknologi yang banyak menyumbang kepada kepada kemajuan sesebuah negara. Penggunaan teknologi ini banyak memudahkan urusan perniagaan disamping dapat menyalurkan maklumat secara pantas kepada pengguna. ICT berkembang dengan pantas dan membuka peluang-peluang perniagaan lumayan. Oleh demikian pendedahan terhadap kesedaran ini perlulah dijalankan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terus ketinggalan dan mengunakannya sebagai sumber yang amat luas. Melalui penganjuran Karnival Usahawan Dan ICT dibawah inisiatif pihak MSC merupakan langkah yang baik dalam memberikan pendedahan terhadap teknologi ICT kepada rakyat Malaysia terutama masyarakat luar bandar dan desa, disamping dapat membuka peluang perniagaan. Karnival ini juga dapat membudayakan masyarakat mengunakan ICT untuk tujuan yang lebih bermanfaat. Secara tidak langsung jurang kemiskinan diantara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.